Kira Hasil Jualan Rumah

Bila jual rumah, dah tentu kita ada perancangan dengan duit yang kita bakal dapat. Oleh sebab itulah anda mesti buat anggaran awal tentang berapakah hasil yang anda akan terima. Ini untuk pastikan perancangan anda selepas jual rumah, dapat anda penuhi.

Cara nak kira hasil jualan rumah adalah seperti berikut:

Hasil jual rumah = Harga jual – Kos jualan rumah – Baki pinjaman

Cara nak tetapkan harga dan kos jualan rumah saya dah terangkan dalam bahagian sebelum ni. Kos jualan tu termasuklah kos peguam, fi agensi, penalti lock-in period dan juga cukai keuntungan harta tanah.

Untuk tahu berapa baki pinjaman pula, semak penyata pinjaman atau hubungi bank anda.

Sebagai contoh, katakan harga jualan ialah RM500,000. Kos jualan rumah RM50,000 dan baki pinjaman ialah RM250,000. Dalam situasi ni, hasil jualan yang anda akan terima ialah RM200,000 (RM500K – RM50K – RM250K).

Blog Post